Saturday, February 16, 2013

Sekiranya ada dikalangan pelajar sekolah menganggap kegiatan kokurikulum tidak penting, mereka harus memperbetulkan semula tanggapan itu kerana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menilai dan memberi markah kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan itu. Ini bermakna sekiranya pelajar berkenaan ingin mempunyai peluang cerah untuk menjejakkan kaki ke mana-mana institusi pengajian tinggi, mereka bukan saja perlu cemerlang dalam akademik tetapi perlu memastikan kegiatan kokurikulum turut seimbang.Langkah berkenaan selaras usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang bukan saja berjaya dalam akademik tetapi aktif dalam bidang kokurikulum.Langkah yang diambil KPM mendapat reaksi positif daripada pelbagai golongan kerana yakin ia mampu memberi pelbagai manfaat kepada pelajar bagi memenuhi tuntutan masa depan mereka.



4 comments:

  1. Betul tu...kecemerlangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari aspek kurikulum sahaja malahan kokurikulum juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kecemerlangan seseorang pelajar..kata pepatah 'otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat'...wassalam

    ReplyDelete
  2. cayalah.............

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan kecerdasan otak manusia datangnya dari kecergasan badan..ko juga sama pentingnya dengan kuri oleh sebab itu Kerajaan menetapkan markah 10% bagi syarat kemasukan ke university.

    ReplyDelete
  4. Sungguh aneh kejadian Allah..segalanya berpasangan..kecuali ZatNya sahaja adalah satu..tidak ada sekutu baginya..Rohani vs Jasmani...Lelaki vs Perempuan..Kecil vs Besar..Tua vs Muda..begitu juga KO vs Kuri.....jadi semuanya memainkan peranan masing-masing bagi mengimbangi antara satu sama lain.

    ReplyDelete