Wednesday, March 6, 2013

MAFHUM HADIS S.A.W

Mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawasanya Rasulullah S.A.W meriwayatkan : Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah :

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi ( tidak diketahui orang ramai ).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Saturday, February 16, 2013

Sekiranya ada dikalangan pelajar sekolah menganggap kegiatan kokurikulum tidak penting, mereka harus memperbetulkan semula tanggapan itu kerana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menilai dan memberi markah kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan itu. Ini bermakna sekiranya pelajar berkenaan ingin mempunyai peluang cerah untuk menjejakkan kaki ke mana-mana institusi pengajian tinggi, mereka bukan saja perlu cemerlang dalam akademik tetapi perlu memastikan kegiatan kokurikulum turut seimbang.Langkah berkenaan selaras usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang bukan saja berjaya dalam akademik tetapi aktif dalam bidang kokurikulum.Langkah yang diambil KPM mendapat reaksi positif daripada pelbagai golongan kerana yakin ia mampu memberi pelbagai manfaat kepada pelajar bagi memenuhi tuntutan masa depan mereka.



Saturday, January 26, 2013

SELAMAT DATANG !

Setelah bertungkus lumus belajar IT dengan Puan Saadah, maka lahirlah blog yang tak seberapa ini....mungkin ini permulaan...InsyaAllah blog ini akan diperbaharui dari semasa ke semasa....tunggu...